Saya
berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon
awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan
perasannya dari hati tulus ikhlas.
"Kita kongsikan kisah ini
bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana masih dibelenggu
cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan sedang mereka
lakukan," ujar saya.
Jun bersetuju.
Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.
"Saya dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari
situ kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu,
Charles beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia hanya
mengguakan avatar kartun sahaja," ujar Jun
Berikutan pujuk
rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan
berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong,
Selangor.
"Waktu itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa
dengan harga RM1,250 sebulan. Charles memberitahu saya, ayahnya sudah
lama meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala
ibunya seorang professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik.
Saya
pernah bertanya, mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian
berkongsi kisah sedih ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya
namun selepas ayah meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya
dibesarkan oleh ibu mereka, diketepikan oleh keluarga ayah.
Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah didakwa cuba menggunakan ilmu
hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan itu Charles terpaksa melarikan
diri. Katanya, dia datang ke Malaysia hanya berbekalkan wang tunai 200
US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam keluarga senang dan memang sifat
saya terlalu cepat berasa simpati apabila mendengar kisah sedih
diceritakan kepada saya," kata Jun.
Tambah Jun, dia pernah
melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah menghubungi
anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas kekasihnya itu.
"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.
"Satu hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada
orang bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki
kolej itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan.
Cerita itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah
orang berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles
memaklumkan saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada
awalnya, dia mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar
mencatatkan dia warga Nigeria," kata gadis itu lagi.
Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.
"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.
"Dia selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream
of you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out
there, I love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this
with you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis
berusia 30 tahun itu.
"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.
"Selepas seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji
saya kerana pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk
saya ketika berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui
perhubungan kami.
Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar
kami berdua dan my sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria
tidak boleh dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang,
kegembiraan dan seks," terangnya.
"Your sister is right," celah saya.
Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles.
"Kalau kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah
memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila
sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia
akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia
masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.
Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.
"Bila saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya
mula bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia
pegawai polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya
mula tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali
membaca, saya berada di dalam state of denial.
Kekadang ada
masanya, Charles menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia
meminta saya membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke
sana untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis
dia. Bila saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya
berkata, IT," jelas Jun.
"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"
Soalan itu saya kemukakan.
"Pernah saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya
berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries,
baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan
rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah.
Bila
saya bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru
keluar bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak
pernah memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak
mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik
barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.
"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.
"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.
Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar.
"Menariknya, selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan
serumah dia, kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah
pergi ke kelas," kata Jun.
"Saya tidak mahu tahu tentang
perincian kerana mungkin terlalu peribadi. Bilakah awak mula mengadakan
hubungan seks dengan Charles?," tanya saya.
"Hujung November
2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial pada
pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin serius,"
ujarnya.
"Adakah hubungan itu kerana duit atau seks? Seperkara
lagi, adakah lelaki Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan
sebelum dan selepas seks?"
Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.
"Dia tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan
kedua itu, yes! It is true. They really treat you like a queen. Sebelum
mengadakan hubungan seks, Charles membelikan saya barangan, melayan
dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan
kaki.
Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut
tubuh saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, seks
menjadi satu ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu
titik kelemahan wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal.
Kalau kita kata jangan, dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali
sehingga dia berjaya. Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan
salah tetapi dia membuat saya berasa selasa. Baby, this is a way how to
experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang
Jun tanpa ragu.
"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan seks?," soal saya.
"Ya," balasnya ringkas.
Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arak.
"Apabila saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arak), untuk
mengambil hati saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti
ais dan buang. Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of
you baby," katanya.
"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.
"Gadis Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya
percayi gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada
hujung minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari
Lembah Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin
dia bekerja.
Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih
murah kalau menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu.
Dia pada awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia,"
jelasnya.
Charles mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan
terkini memaklumkan Jun, dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk
membiayai kos pulang semula ke negara asal. Selama kira-kira 7 tahun
berada di Malaysia dia mendakwa menyara kehidupan dengan menjual
barangan kenderaan.
"Dia pernah beberapa kali bertanya kepada
saya, bagaimanakah cara untuk ke Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas
ke utara," celah Jun.
Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.
"Kalau lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka
hanya menagih wang dan seks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis
tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat
berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk
bertemu dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti
sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu
bergaul," jelas Jun.
Jun dikatakn pernah dijemput oleh Charles
untuk merayakan Krismas di Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami
kemudian dirumuskan dengan kenyataan berikut.
"Lelaki Nigeria
sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki kenderaan
dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka, wanita
berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan.
Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai.
Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak.
klik untuk baca cerita seks melayu selengkapnya
BalasPadam