Free Banana Dancing ani Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free MALAYSIA Cursors at www.totallyfreecursors.com



kalau ada perkataan yang menyinggung perasaan dalam blog ini harap di maafkan...terima kasih

Sabtu, 11 Mei 2013

CERITA LAWAK..SUAMI KEDEKUT

Sepasang suami isteri, dah
lama kahwin tapi tak ada
cahaya mata. Si suami
teramatlah kedekut, bukan
setakat taik idung masin,
Taik mata pun ma sin gak.
Salah satu xtvt tahunan
mereka ialah mengunjungi
satu pameran udara.
Tahun pertama , si isteri nak
sangat naik sebuah pesawat
ringan. Pergilah mereka
berjumpa dengan pilot
pesawat tu. "Encik, berapa
saya kena bayar untuk
menaiki pesawat ni?" tanya si
suami.
"Tak mahal encik, cu ma
RM50 untuk satu pusingan"
jawab pilot tu.
"Uuiishh.. mahalnya,tak jadi
la saya nak naik" jawab si
suami lalu menarik tangan
isterinya berlalu dari situ.
"Alaa... abang ni, RM50 pun
nak berkira, Setahun sekali
je bang, dah lama saya nak
naik pesawat camtu" rayu si
isteri dengan nada manja
dengan harapan si suami
akan ubah fikiran.
"Jgn nak ngada2, RM50 tu
banyak benda lain kita boleh
beli"
Kecewalah si isteri atas sifat
kedekut suaminya. Bukannya
tak mampu,dlm bank
melambak lagi duit dia.
Tahun kedua, mereka pergi
lagi. Si isteri sekalilagi
memujuk Suaminya untuk
menaiki pesawat tu.
Berjumpa lah mereka dengan
pilot tu, pilot yg sama tahun
lepas. Tapi kali ni, bayaranya
dah jadi* *RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa
lah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka Pergi
lagi... Si isteri tadi awal2 lagi
dah pujuk si suami untuk
menaiki pesawat ringan tu.
"Baiklah, kalau bayaranya
kurang dr RM30, kita
naiklah"kata suami yang
membuatkan si isteri
menarik muka ma am krn dia
tahu bayarannya pasti akan
meningkat lagi tahun ni.
Mereka menuju ke pesawat
yang sa ma cam tahun lepas
dan jumpa ngan pilot yang
sama juga. Seperti yang
dijangkakan, bayaranya dah
jadi RM100.
Segeralah si suami menarik
tangan isterinya berlalu dr
situ. Si pilot td yang
kesiankan si isteri yang saban
tahun* *mengimpikan*
*untuk menaiki pesawat tu
memanggil mereka semula.
"Encik, berapa yang encik
sanggup bayar?"
"Aku cuma nak bayar bawah
RM30 ajer" jawab si suami.
Setelah berfikir seketika,
berkatalah si pilot tadi
"Baiklah, Encik boleh naik
pesawat tu dengan bayaran
RM20 sahaja tapi dgn satu
syarat"
Gembiralah si suami tadi,
RM20 ajer "tapi apa
syaratnya"
"semasa di udara, encik dan
isteri encik tak boleh
Mengeluarkan satu suara
pun. Kalau bersuara juga,
saya akan kenakan bayaran
RM10 bagi setiap perkataan
yang keluar dari mulut encik
atau isteriencik" jawab pilot
td sambil tersenyum.
"Baiklah saya setuju" jawab
si suami dengan yakin
bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan
pesawat tu. Pilot tadi pun
ada niat lain sebenarnya. dia
nak ajar si suami yang
kedekut tadi.
Dia pun buat lah aksi2
acrobatik yang diakui
membahaya.
Macam2 aksi dia buat, tapi
hairan gak dia sbb suami
isteri yang duduk kat
belakang dia tak menjerit
pun.
Dia cuba lagi buat aksi2 yang
merbahaya, berpusing2
pesawat tu, tapi still senyap
gak. Setelah muslihat dia tak
berjaya, pilot tu pun
mendaratkan lah pesawat
dia.
Rasa rugi pulak sbb cuma
boleh dpt RM20 ajer. Bila dah
mendarat, Cuma si suami
yang turun dari pesawat tu.
"Ehh? mana isteri
encik?"tanya pilot tu
terkejut.
"Dia dah jatuh masa kau
pusing2 pesawat tadi"
"Hahh apasal tak cakap"
"Kalau aku cakap nanti kena
tambah bayaran lak" jwb si
suami
Sambil menghulurkan RM20
kepada pilot td dan terus
berlalu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan